Jumaat, 2 November 2012

Kelebihan Bersuci


حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ مُوسَى الْأَنْصَارِيُّ حَدَّثَنَا مَعْنُ بْنُ عِيسَى الْقَزَّازُ حَدَّثَنَا مَالِكُ بْنُ أَنَسٍ ح و حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ عَنْ مَالِكٍ عَنْ سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا تَوَضَّأَ الْعَبْدُ الْمُسْلِمُ أَوْ الْمُؤْمِنُ فَغَسَلَ وَجْهَهُ خَرَجَتْ مِنْ وَجْهِهِ كُلُّ خَطِيئَةٍ نَظَرَ إِلَيْهَا بِعَيْنَيْهِ مَعَ الْمَاءِ أَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَاءِ أَوْ نَحْوَ هَذَا وَإِذَا غَسَلَ يَدَيْهِ خَرَجَتْ مِنْ يَدَيْهِ كُلُّ خَطِيئَةٍ بَطَشَتْهَا يَدَاهُ مَعَ الْمَاءِ أَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَاءِ حَتَّى يَخْرُجَ نَقِيًّا مِنْ الذُّنُوبِ

قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَهُوَ حَدِيثُ مَالِكٍ عَنْ سُهَيْلٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَأَبُو صَالِحٍ وَالِدُ سُهَيْلٍ هُوَ أَبُو صَالِحٍ السَّمَّانُ وَاسْمُهُ ذَكْوَانُ وَأَبُو هُرَيْرَةَ اخْتُلِفَ فِي اسْمِهِ فَقَالُوا عَبْدُ شَمْسٍ وَقَالُوا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَمْرٍو وَهَكَذَا قَالَ مُحَمَّدُ بْنُ إِسْمَعِيلَ وَهُوَ الْأَصَحُّ
 قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَاب عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ وَثَوْبَانَ وَالصُّنَابِحِيِّ وَعَمْرِو بْنِ عَبَسَةَ وَسَلْمَانَ وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو والصُّنابِحِي هذا الَّذِي رَوَى عن النبي في فضل الطهور هو عبد الله الصنابحي وَالصُّنَابِحِيُّ الَّذِي رَوَى عَنْ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ لَيْسَ لَهُ سَمَاعٌ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَاسْمُهُ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عُسَيْلَةَ وَيُكْنَى أَبَا عَبْدِ اللَّهِ رَحَلَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُبِضَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ فِي الطَّرِيقِ وَقَدْ رَوَى عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحَادِيثَ وَالصُّنَابِحُ بْنُ الْأَعْسَرِ الْأَحْمَسِيُّ صَاحِبُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَالُ لَهُ الصُّنَابِحِيُّ أَيْضًا وَإِنَّمَا حَدِيثُهُ قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنِّي مُكَاثِرٌ بِكُمْ الْأُمَمَ فَلَا تَقْتَتِلُنَّ بَعْدِي

2 - Ishaq bin Musa Al Anshari telah menceritakan kepada kami katanya: Ma'n bin Isa Al Qazzaz telah menceritakan kepada kami katanya: Malik bin Anas.telah menceritakan kepada kami ح  dan Qutaibah telah menceritakan kepada kami daripada Malik daripada Suhail bin Abu Shalih daripada ayahnya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jika seorang muslim, atau seorang mukmin berwuduk, lalu ia membasuh mukanya, maka dosa-dosa yang berada di mukanya kerana pandangan mata akan keluar bersama air, atau bersama titisan air yang terakhir, atau yang seumpama itu. Jika ia membasuh tangan, maka dosa-dosa daripada tangannya akan keluar bersama air, atau bersama titisan air yang terakhir hingga ia keluar tanpa dosa sedikitpun. "

Abu Isa berkata: "Ini adalah hadits hasan shahih, iaitu hadits riwayat Malik daripada Suhail daripada ayahnya daripada Abu Hurairah.  Abu Shalih, ayah Suhail, ialah  Abu Shalih As Samman, dan namanya adalah Zakwan. Abu Hurairah sendiri diperselisihkan tentang namanya; sebahagian mengatakan Abdu Syams, sebahagian mengatakan Abdullah bin 'Amar. Demikian disebutkan oleh Muhammad bin Ismail (Imam Bukhari) dan inilah yang lebih sahih
                                                    
Abu Isa berkata: dalam bab ini juga ada riwayat daripada Utsman bin 'Affan, Tsauban, Ash Shunabihi, Umar bin Abasah, Salman, Abdullah bin 'Amar. Al-Sunabihi yang meriwayatkan hadith daripadapada Nabi s.a.w berkenaan dengan kelebihan bersuci ini ialah ‘Abdullah al-Sunabihi manakala Ash Shunabihi yang meriwayatkan daripada Abu Bakar Ash Shiddiq, namun ia tidak mendengar langsung daripada Rasulullah s.a.w. , namanya adalah Abdurrahman bin Usailah. Kun-yahnya (panggilannya) ialah Abu Abdullah. Dia melakukan perjalanan untuk menemui Rasulullah s.a.w. sedangkan Nabi s.a.w. sendiri telah wafat ketika ia masih dalam perjalanan. Walaubagaimanapun dia telah meriwayatkan beberapa hadits daripada Nabi s.a.w.

Ash Shunabi Ibnul A'sar Al Ahmasi adalah seorang sahabat Nabi s.a.w. ia disebut juga dengan nama Ash Shunabihi. Hadits yang ia riwayatkan adalah; ia katanya:; aku mendengar Nabi s.a.w.  bersabda: "Sesungguhnya aku akan berbangga dengan kamu di hadapan umat-umat yang lain, oleh itu jangan sekali-kali kamu saling membunuh sesudahku. "

Cara Menyucikan najis


1. CARA MENYUCIKAN NAJIS MUQAFFAFAH:


      i. Lap najis dengan kain kering.
      ii. Renjiskan air mutlak ke tempat yang terkena najis.
      iii. Lap hingga kering

2. CARA MENYUCIKAN NAJIS MUTAWASSITAH:


      i. Buang najis itu
      ii Basuh tempat yang terkena najis hingga hilang bau, warna dan rasa.


3. CARA MENYUCIKAN NAJIS MUGHALLAZOH:   


     i. Buang najis itu.
     ii.Basuh sekali dengan air yang bercampur tanah dan enam kali dengan air mutlak.

Tayangan Bersuci Daripada Najis


Mari kita sama-sama mempelajari cara bersuci daripada najis.

Gambar Alat-Alat Bersuci





Pengertian Bersuci





Pengertian bersuci

* Ertinya Pada Bahasa
Membersihkan diri atau sesuatu daripada sebarang kekotoran. Sama ada benda itu najis ataupun tidak. Benda-benda yang najis seperti darah, bangkai, tahi dan sebagainya. Benda-benda yang kotor tetapi tidak najis seperti air ludah, hingus dan lain-Iain.

* Ertinya Pada Syarak
Menghilangkan halangan beribadat kerana ada hadas atau najis atau menghilangkan halangan memakan sesuatu benda dengan sebab terkena najis.

Alat-alat yang sah untuk bersuci
1. Air mutlak
2. Tanah yang suci
3. Batu yang suci

Hukum bersuci

Ulamak telah sepakat bahawa bersuci daripada najis dan hadas adalah wajib.
Bahagian air

Air mutlak

Air mutlak (ﻤﻄﻠﻖ) adalah air yang suci dan boleh menyucikan. Air tersebut dikatakan mutlak disebabkan air itu adalah dalam bentuk keasliannya. Air tersebut masih dikatakan air mutlak walaupun ia sudah berubah disebabkan sudah lama terbiar, dimasuki tanah, lumut dan bertakung atau tempat mengalirnya mengandungi belerang.
Disenaraikan berikut adalah tujuh jenis air mutlak:

* air hujan
* air laut
* air sungai
* air telaga atau perigi
* air mata air
* air yang dicairkan dari salji
* air embun

Apabila cukup sukatan atau timbangan air sebanyak dua kolah, maka air tersebut tidak dikira najis yang disebabkan oleh benda lain melainkan beubah dari segi warna, bau dan rasa. Air yang kurang dari sukatan tersebut akan dikira najis apabila jatuh najis ke dalamnya tidak kira berubah sama ada bau, warna ataupun rasa.

Ukuran Dua Kolah

* Beratnya anggaran 230 liter atau 52 gelen.
* Lebih kurang sebanyak 13 tin minyak tanah.
* Bekas Empat Segi ialah 23 inci lebar dan 23 inci dalam
* Bekas yang bulat lebarnya 19 inci dalam 46 inci.

Air musta’mal

Air musta’mal (ﻣﺴﺘﻌﻤﻞ) adalah air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan yang lain. Boleh dikatakan juga air ini boleh diminum tetapi tidak sah untuk menyucikan sesuatu.

Air musta’amal yang diperolehi dari mengangkatkan hadas adalah air basuhan kali yang pertama pada mandi atau wudhu’ yang wajib dan sudah jatuh dari anggota badan. Air musta’amal dari konsep najis pula ialah jika air itu tidak berubah dan tidak bertambah. Air tumbuhan dan buah-buahan seperti pucuk kelapa yang dibuat nira atau akar-akar kayu, air dari batang tebu dan yang dihasilkan dari buahan seperti kopi dan koko.

Air yang berubah dan bercampur
Air yang berubah dalam konsep tidak boleh menyucikan ialah yang berubah disebabkan oleh benda asing yang suci yang bercampur ke dalam air seperti kayu gahara sehingga tidak berubah sehingga jelas digelar “air gahara”.
Berikut adalah cara air yang berubah:

* Berubah dengan Taqdiri – Air yang berubah dengan Taqdiri iaitu air yang berubah hanya pada Taqdir sahaja yang tidak dapat dilihat akan perubahannya.
* Berubah dengan Hissi – Air yang berubah pada Hissi iaitu berubah air itu dengan sesuatu yang dapat dilihat akan perubahannya.
Contoh cara menentukan hukum air yang bercampur dengan sesuatu yang sama rupanya dengan seperti air mawar yang telah hilang bau, rasa dan warnanya.
* pada bau hendaklah ditentukan dengan bau gahara.
* pada rasa hendaklah ditentukan dengan rasa delima.
* pada warna hendaklah ditentukan dengan warna anggur.

Jika berubah dengan cara ini, maka hukumnya air musta’amal dan jika tidak, hukumnya adalah air mutlak.
Bagi air yang bercampur pula, terdapat dua cara air bercampur iaitu:

* Majawir – cara Mujawir ialah apabila air yang berubah disebabkan termasuk ke dalamnya suatu yang dapat dipisahkan daripada air, contohnya air yang dimasuki sebatang kayu cendana dan kayu itu boleh dipisahkan daripada air tersebut, maka hukum air itu adalah air mutlak.
* Mukhalit – cara Mukhalit pula ialah apabila suatu benda yang masuk ke dalam air itu tidak dapat dipisahkan, contohnya air dimasuki nila, maka dihukumnya air Musta’amal.

Air muqayyad

Air muqayyad (ﻣﻘﻴﺪ) pula ialah air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya sama ada dari segi warna, bau atau rasa yang menyebabkan air tersebut tidak dipanggil air mutlak lagi.
Walau bagaimanapun, qayyad pada air terbahagi dua:
* Qayyad Lazim – iaitu qayyad yang tidak bercerai sehingga menjadikannya berbeza langsung dari air mutlak seperti air kopi, air madu, air mawar.
* Qayyad Musfaq – iaitu qayyad yang bercerai iaitu yang tidak lazim bagi air seperti air hujan, air perigi. Maka, ia masih lagi hukumnya air mutlak.
Qayyad Lazim juga turut dinamakan sebagai air mutaghayyir ( المياه متغير ) “almiahu Mutaghayyir” yang membawa pengertian air bervariasi.

Air musyammas
Air musyammas (ﻣﺸﻤﺲ) adalah air yang terjemur di bawah panas matahari bagi negeri-negeri beriklim panas. Hukum air tersebut hanya pada air yang diisi ke dalam bekas yang bukan emas dan perak.
Air tersebut hanya makruh ketika panas untuk digunakan pada badan dan makanan serta minuman. Walau bagaimanapun, air yang masih panas tersebut boleh digunakan untuk membasuh pakaian. Air yang sudah menyejuk tidak lagi makruh digunakan.

Air mutanajjis

Air mutanajjis (ﻣﺘﻨﺠﺲ) adalah air yang telah terjatuh najis ke dalamnya sehingga berubah warna, bau atau rasa walaupun jika dicampur hingga kadar dua kolah. Air tersebut tetap dikira mutanajjis sekiranya air tidak berubah sifat bau, warna atau rasa tetapi tidak mencukupi dua kolah.

Air tersebut tidak dikira bernajis apabila jatuh ke dalamnya haiwan ataupun bangkai haiwan yang memang tidak berdarah seperti semut.
Contoh berikut tidak termasuk Air Mutanajis

1. Termasuk bangkai (lihat perkara di bawah) najis yang dimaafkan dengan syarat tidak sengaja dicampakkan.
2. Air atau bahan cecair yang lain termasuk najis yang halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar melampau daripada najis mughalazah.
3. Air yang lebih daripada dua kolah dengan syarat tidak berubah sifat air itu.

Contoh bangkai binatang yang Najis tetapi dimaafkan
1. Lalat
2. Kumbang
3. Kala
4. Lipas
5. Cicak
6. Binatang-binatang yang tidak mengalir darahnya jika dibelah atau dikoyakkannya.

Air Qaid Lazim

Air yang ada kaitan dengan jenama-jenama lain untuk memperkenalkannya. Kalau tidak disebut orang tidak akan faham.
* Contohnya:

a. Air Kelapa
b. Air Tebu
c. Air Mawar
d. Air Kopi

Hukum Air Qaid Lazim

Suci hanya pada dirinya sahaja tetapi tidak sah digunakan untuk menyucikan yang lain.

Itulah sebahagian berkaitan bersuci, sila rujuk dengan ustaz-ustaz untuk bertanyakan nas-nas hadis dan penjelasan lanjut